Pages

Saturday 29 September 2012

Demokrasi VS Islam

                Tatkala masyarakat kini lebih banyak membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan demokrasi dan kebebasan bersuara, tidak kurang juga ada yang bersikap skeptikal terhadap perkara ini. Mereka yang skeptikal secara amnya menganggap bahawa demokrasi adalah bukan satu-satunya jalan terbaik dalam erti mencapai kesejahteraan dan kemajuan bagi sesebuah bangsa. Malah ada diantara mereka yang mengatakan bahwa demokrasi adalah tidak lebih dari permainan Barat untuk mengawal dan memerangkap dunia lebih-lebih lagi umat Islam.

                Di sini saya ingin memberikan sedikit ulasan dan respon terhadap perkara tersebut. Ya, memang benar bahwa demokrasi bukan satu-satunya jalan terbaik untuk sesebuah bangsa itu mencapai keamanan dan kemajuan kerana jika dilihat secara sejarahnya pun pada sebelum zaman Greek purba di mana demokrasi dilahirkan terdapat beberapa tamadun yang hebat juga wujud dan kiranya dapat meyediakan segala keperluan asas dan kemajuan untuk rakyatnya. Tamdun-tamadun yang terkenal seperti Tamadun Rom dan Parsi serta tamadun China dan India juga dikatakan adalah yang terkehadapan dan maju dari sudut pelbagai aspek. Maknanya di sini, walaupun tamadun-tamadun ini hebat tetapi mereka tidak mempunyai demokrasi melainkan ditaktorship dan feudal.

                Demokrasi bermakna "Membenarkan rakyat sesuatu negara itu untuk memilih seorang ketua dalam pentadbaran kerjaan yang dianggap berkelayakan dan bersih serta diberikan hak untuk memberikan pendapat terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara". Itu makna demokrasi dan ianya jelas sekali adalah sistem berasaskan majoriti atas minoriti. Tujuanya jelas sekali adalah untuk memberikan keadilan bagi semua untuk mereka memilih ketua mereka dan menentukan dasar yang ingin dilaksanakan.Melibatkan golongan rakyat bawahan untuk bersma-sama di dalam sebuah sistem kerajaan yang bebas dan tidak dikawal secara mutlak oleh seorang individu.

                Baik, itu merupakan definisi demokrasi dan mari kita lihat pula kaitannya dengan Islam. Islam menganjurkan keamanan dan mempertahankan hak seseorang untuk memilih jalan yang terbaik bagi mereka bukannya dikawal oleh sesuatu kumpulan dengan paksaan dan kekerasan. Islam adalah agama yang syumul dan universal sifatnya. Maknanya ianya agama satu-satunya yang boleh dipraktikkan oleh pelbagai bangsa dalam sepanjang zaman. Maka, apakah Islam itu mehalang kita daripada memilih demokrasi? Jika dilihat berdasarkan hujah tadi tentulah jawapannya tidak. Seperkara yang kita perlu ingat, DEMOKRASI bukan milik Barat semata-mata. Tetapi inya adalah milik semua. Demokrasi itu luas konteksnya dan bukan satu sistem yang hanya dibuka dalam pandangan Barat semata-mata. Demokrasi juga boleh dibahaskan melaui pandangan Islam.

               Justeru, sistem ini bukanlah sistem yang bercanggah dengan Islam malah ia menggambarkan sebuah sistem adil dan sistematik yang tidak hanya dikuasai oleh sekelompok kecil pihak yang kaya-raya dan berkuasa. Dari segi sejarah Islam juga, walaupun tidak disebut perkataan demokrasi dalam sistem politik Islam tetapi sebenarnya umat Islam semenjak zaman Para Khulafa Ar Rasyidin lagi secara teknikalnya telah mempraktikkan amalan demokrasi. Tidak ada mana-mana dalam 4 khalifah tersebut terpilih secara otomatik tetapi semuanya dilantik melaui proses pengundian dan hasil perbincangan ramai. Rasulullah SAW juga langsung tidak meletakkan mana-mana calon penggantinya walaupun sahabat baginda yang paling senior iaitu Saidina Abu Bakar RA adalah yang paling layak menggantikan baginda. Bukankah Rasulullah SAW boleh terusan sahaja meltakkkan wasiat supaya Abu Bakar RA terus dipilih menjadi pengganti?

               Teorinya amat mudah, hal ini kerana Rasulullah SAW menganjurkan amalan syura supaya dilakukan. Apakah itu syura? Syura bolehlah ditafsirkan sebagai parlimen atau dewan yang disertai oleh pelbagai wakil-wakil yang berkaitan untuk menentukan hala tuju dan dasar sesebuah organisasi. Tanpa syura, sesuatu keputusan yang dibuat adalah tidak sah dan mesti dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura kerana dalam politik Islam yang sebenar, Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam sistem sesebuah kerajaan.

               Ringaksnya, adalah dangkal sekali untuk mengatakn bahwa demokrasi adalah bercanggah dengan Islam dan merupakan "the tools of the west". Demokrasi itu luas dan mempunyai asas yang sama dengan amalan yang dianjurkan oleh Islam tetapi memanglah setiap perkara itu ada batasnya. Bukanlah bermakna apabila kita memperjuangkan kebebasan bersuara, kebabsan berhimpun dan hak asasi manusia maknanya kita perlu menggadaikan maruah dan harga diri serta mengetepikan hukum hakam agama demi kebebasan yang tuli. Kebebasan itu adalah untuk menjamin hak semua rakyat terbela dan setiap daripada mereka memiliki hak yang sempurna BUKAN kebebasan yang tiada nilai asas moral dan akhlak Islamiah sehingga akhirnya menghancurkan ketamadunan manusia. Bebas bukan ertinya kita bebas untuk menfitnah orang, menangkap orang sesuka hati serta menjatuhkan aib peribadi seseorang. Bebas maknanya membenarkan semua oarang dalam sesebuah masyarakat untuk berinteraksi secara konsisten tanpa terikat dengan mana-mana kepentingan atau kumpulan untuk mempertahankan maruah dan hak masing-masing selagi mana kamu bergelar manusia.

                  ALLAH SWT telah menciptakn manusia itu dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan. Manusia itu telah diangkat oleh ALLAH SWT sebagai ciptaan yang paling mulia disisiNYA. Justeru, setiap manusia mempunyai maruah dan hak yang sama tanpa dibeza-bezakan serta diikat dengan ugutan dan penyeksaan. Manusia itu bebas untuk bertebaran di muka bumi ini selagi mana meraka berpegang kepada AL Quran dan As sunnah. Tiada siapa yang berhak ke atas siapa-siapa melainkan ALLAH SWT yang menciptakan. Manusia tidak mampu mengawal manusia yang lain kerana pemikiran manusia dan kemampuan mereka adalah berbeza. Muafakat dan amalan toleransi adalah selaras dengan Islam dan merupakan tunjang utama dalam sistem demokrasi. Wallahu a'lamu bissawab.TEF_SR 2012

No comments:

Post a Comment