Pages

Friday, 8 April 2011

Renungan Kita

Pengeboman di Iraq,kematian penduduk secara berterusan di Palestin,keganasan yang giat berlaku di Afghanistan semuanya adalah membimbangkan masyarakat di seluruh dunia.Tidak kira masyarakat di timur mahupun di barat semuanya sedang mencongak tentang apa yang akan berlaku selepas ini.Adakah dunia pada suatu hari nanti akan berada di ambang peperangan yang lebih besar daripada peperangan-peperangan yang sebelumnya?Apabila Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka berkeupayaan menangani masalah keganasan serantau,ramai dalam kalangan masyarakat dunia mempercayai dengan kebolehan pihak Amerika dalam soal itu tetapi masa berganti masa,penantian menanti hasil kejayaan Amerika menangani masalah keganasan serantau masih juga dalam penantian.Bahkan dunia semakin terancam dengan keganasan yang lebih teruk dan masalah ketidak berperikamanusian seperti yang berlaku di Iraq semakin menjadi-menjadi. 
Justeru,apakah alasan Amerika dengan apa yang telah terjadi?Masihkah Amerika mahu menunding jari kepada pihak yang sebelum ini dituduh mereka sebagai dalang kepada keganasan seperti Al-Qaeda,Taliban,dan kerajaan ditaktor Saddam berkaitan dengan permasalahan ini?Mereka menganggap bahawa mereka ialah hero yang boleh menyelamatkan dunia daripada kekejaman,kezaliman,keganasan dan kehancuran seperti yang digambarkan dalam filem-filem Hollywood kepunyaan mereka.Tetapi merekalah yang sebenarnya akan menghancurkan keamanan dunia pada suatu masa nanti.Saya tidak menyalahkan Amerika dalam masalah ini semata-semata,tetapi umat Islam juga perlu bangkit bagi mempertahankan maruah agama mereka!Jangan jadi umat dayus yang sanggup membiarkan saudara mereka terkorban disebabkan kekejaman Amerika dan Yahudi kerana takut akan risiko yang ditanggung sekiranya mengecam dan tegas bersuara dengan tindakan kedua-dua syaitan durjana yang kehausan darah penduduk Islam itu!!Mereka telah banyak membunuh saudara kita di Iraq,Palestin dan dimana-mana sahaja,perlukah kita berdiam diri dan hanya memikirkan kepentingan kita semata-mata seterusnya mencapai kemajuan seorang diri….bukankah itu PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!! 
Saya bukan hendak menyuruh menggunakan cara yang radikal seperti mengebom atau secara keganasan tetapi kita perlu lantang bersuara dan terbuka tanpa berselindung kerana apa?Kerana keberanian seseorang itu dapat dilihat berdasarkan kelantangan dia mengutarakan hujah yang bernas dan tepat dengan bukti yang kukuh.Saya ingin sekali mengatakan bahawa kebijaksanaan seseorang itu dapat dilihat sekiranya dia berani mengecam dan menyuarakan sesuatu yang batil itu dengan cara yang rasional atau secara yang bijaksana tanpa selindung atau berlapik kerana hal ini melibatkan agama dan kita wajib menegakkan sesuatu yang haq…berbalik kepada situasi hari ini Liga Arab seharusnya memainkan peranan yang penting dalam hal perpaduan dan masalah sosial masyarakat di sekitar tanah arab bagi menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau yang penuh dengan ketamadunan itu.Liga tersebut seharusnya memiliki pendirian yang tegas dan bijak dalam mengambil keputusan untuk menjaga maruah dan hak penduduk di tanah arab itu secara tidak langsung mempertahankan maruah agama Islam.Kita tidak boleh mengikut dan bergantung kepada PBB kerana organisasi tersebut dikuasai oleh lima kuasa besar yang merangkumi Amerika Syarikat,Russia,Britain,China dan Perancis.Jika dilihat secara mata kasar kelima-lima negara tersebut ialah orang asing atau bukan Islam dan ini bermakna tentu sekali sebilangan pihak atau mungkin sekali umat Islam akan tertindas dan hak mereka tidak akan mendapat perhatian sepenuhnya bergantung kepada kepentingan negara-negara tersebut.Masaka kekejaman dan tindakan biadap Zionis itu tidak dihalang malah dibiarkan berlarutan kerana apa?Kerana sebuah kuasa besar yang merupakan pengutus kepada keputusan organisasi PBB itu ialah Amerika Syarikat.Masihkah kita tidak nampak permainan dunia hari ini?Mungkin pembaca baru mengetahui atau sedar akan permainan dunia yang berat sebelah ini.Walaupun umat Islam tidak segagah,semaju atau semoden mereka,itu tidak bermakna kita harus membiarkan umat Islam tertindas dan terpinggir selama-lamanya,kita harus bangkit mempertahankan maruah dan hak umat Islam pada hari ini. 
Justeru kita harus sehebat mereka.Jika mereka berjaya mencipta menara tertinggi di dunia,kita bina yang lebih hebat daripada mereka.Jika mereka ialah negara yang maju,kita majukan negara kita dengan cara kita sendiri.Cuba kita lihat bangsa Jepun mereka boleh maju kurang dari 40 tahun sedangkan negara mereka pada masa itu mengalami masalah ekonomi,social dan berbagai-bagai lagi setelah Nagasaki dan Hiroshima di bom oleh pihak tentera bersekutu dengan bom atom.Kita contohnya Malaysia,sudah 50 tahun merdeka mengapa masih tergolong dalam negara-negara membangun,masih banggakah kita?Bangga dengan pencapaian kita sekarang?Sebab mereka boleh maju ,kerana mereka langsung tidak bergantung pada orang lain untuk terus maju atau ‘membodek orang lain’ untuk kemajuan negara mereka.Mereka bina negara mereka berdasarkan semangat ingin kemajuan di dalam hati mereka,berdasarkan adat mereka,budaya mereka bukan membanggakan budaya bangsa lain.Mereka boleh mendaulatkan bahasa mereka kerana mereka sayang akan bahasa mereka dan tidak mengagungkan bahasa bangsa lain.Dengan cara itu tadilah mereka dapat menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukan bangsa yang lemah atau mudah berputus asa.Adakah para pembaca faham dengan cerita bangsa Jepun itu dengan apa yang hendak saya sampaikan?Natijahnya,seseorang yang sudah dianggap lemah dan kalah belum tentu tidak akan merampas kembali sesuatu kejayaan itu.Kita umat Islam yang sekarang ini dianggap lemah berbanding dengan bangsa lain belum tentu akn mundur selama-lamanya,pokoknya kita bersifat sebagaimana yang dimiliki oleh bangsa Jepun.Kita tidak boleh duduk diam,kita harus memajukan umat Islam kita dan seterusnya menunjukkan kepada dunia bahawa agama Islam ialah agama yang unggul,Muhammad itu ialah utusan dan pemimpin yang unggul,Al-Quran ialah haq dan ALLAH S.W.T. itu ialah tuhan kepada seluruh makhluk di dunia ini….TEF-SR 

3 comments: